Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Peguam punca kes pekerja asing tertangguh

5 DIS: Kebanyakan kes melibatkan pekerja asing di Mahkamah Perindustrian tertangguh ekoran komitmen peguam yang mewakili sesuatu kes memilih untuk menyelesaikan kes yang lebih berprofil tinggi.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar peguam dilihat tidak memberikan komitmen penuh untuk menyelesaikan kes membabitkan pekerja asing sehingga menyebabkan mereka akan terkandas lebih lama dengan tiada kebenaran untuk bekerja sepanjang kes berlangsung.

“Ada satu lagi sebab kenapa kes ini jadi terlambat, bukan masalah mahkamah tetapi masalah peguam. Mereka kadang kala apabila ada kes di Mahkamah Industri dan di Mahkamah Tinggi, mereka  akan tangguhkan kes di mahkamah Industri dan hadir Mahkamah Tinggi.

wanjunaidi

Dr Wan Junaidi

“Jadi inilah masalah yang datang dari peguam, kadang-kadang mereka ini terima banyak kes sebab nak banyak sangat habuan daripada pelanggan. Akhirnya pekerja ini jadi teraniaya dari sudut itu,” jelas beliau.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong itu menjelaskan bahawa pihaknya akan berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini tidak akan berterusan.

Berpunca dari masalah ini, kepadatan warga asing yang berada di bawah tahanan menyebabkan mereka dilihat tidak mendapat hak layanan yang seharusnya.

Langkah yang efektif dan efisien perlu diambil memandangkan tahanan tidak dibenarkan untuk bekerja sepanjang kes berada di dalam proses perbicaraan walaupun mereka diberi ruang untuk mendapat hak pembelaan.

Walau bagaimanapun, timbalan menteri itu bercadang untuk membawa perkara melibatkan hak untuk bekerja bagi tahanan sekiranya ianya mematuhi syarat tertentu.

“Implikasi yang terbesar ialah berkenaan kontrak dengan majikan asal, kalau kontrak itu belum putus dan tidak ditamatkan, kalau kita benarkan dia bekerja lagi dan bekerja di tempat lain, maka kita akan menggalakkan dia untuk mengambil kontrak lain di negara kita, satu orang dengan dua kontrak di dua tempat yang berbeza, ini menyulitkan,” katanya.-bnbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2013 3:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: