Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Peguam Sarawak ke London, tidak jejas penurunan kuasa

9 JULAI: Tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam ke London bagi meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) tidak menjejaskan perbincangan mengenai penurunan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebaliknya jika pasukan tersebut memperoleh sebarang penemuan baru mereka boleh membawa kepada Jawatankuasa Teknikal Peringkat  Negeri (JTPN).

Jelas beliau, penemuan itu bakal dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pemandu bagi Penurunan Kuasa yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

“Pertama sekali saya ingin maklumkan rundingan dengan Putrajaya tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Sarawak . Apa yang saya maksudkan tidak ada kena mengena itu ialah kerajaan negeri ada hak untuk ‘menggali’ sejarah Sarawak.

“Ini bukan sebagai mencampuri apa yang kami lakukan di sana. Kita perlu lihat dua perspektif berbeza yang berlaku di peringkat di Putrajaya dan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Kuching hari ini.

Tambah Nancy, perbincangan mengenai penurunan kuasa adalah proses berterusan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

“Kalau ada pertambahan, biar kita bincang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga seorang yang bersifat munasabah, beliau juga sudah beberapa kali duduk bersama-sama untuk memahami keperluan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan, dan Pemantauan Projek,  Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang akan mengetuai pasukan peguam ke London berkata  mereka ke sana dalam misi mencari fakta.

“Kami ingin mendapatkan beberapa fakta. Buat penyelidikan, kami mahukan ‘faktual’ tentang ini dan mahu melakukannya dengan sempurna,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 July 2017 8:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: