Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pejabat agama tahan Kassim Ahmad

26 MAC:  Aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim petang Rabu di kediamannya di Kelab Golf Kulim, Kedah.

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

kassimahmad

Dr Kassim

Beliau mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti-hadis dalam satu program baru-baru ini.

Kassim, yang baharu keluar dari hospital lebih seminggu lalu ditahan oleh sepasukan pegawai Jakim dengan bantuan polis serta penguatkuasa agama.

Kadi Daerah Kulim, Sheikh Yusof Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2014 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: