Kategori Ekonomi

Pekebun RISDA terima duit raya cecah RM106 juta

3 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian dividen berjumlah RM106 juta kepada 33,864 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK), hari ini.

Jumlah dividen itu adalah lebih tinggi berbanding RM95.589 juta pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, seramai 17,784 peserta TSK manakala 16,080 peserta RTBB.

Sementara itu Najib dalam ucapannya berkata, pembangunan di Malaysia unik kerana dilaksanakan secara adil dan saksama di bandar dan luar bandar.

“Berbeza dengan negara lain yang pembangunannya tertumpu kepada kawasan ibu kota atau pusat pentadbiran sahaja.

“Tetapi di Malaysia, kita sedaya upaya pastikan agenda pembangunan luar bandar diteruskan secara adil dan saksama,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian dividen RISDA dan pelancaran Skim Bantuan Khairat Kematian Pekebun Kecil di Pekan, Pahang.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 5:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: