Kategori Berita Utama

Pelaburan asing tidak gadai kedaulatan negara

15 APRIL: Berdasarkan nilai pelaburan asing mengikut ranking, kedaulatan Malaysia tidak tergadai dengan China sebaliknya Singapura atau Jepun, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Berikutan itu, penyandang kerusi parlimen Kota Belud menegaskan dakyah pembangkang bahawa negara akan tergadai kepada kuasa asing disebabkan pelaburan adalah pembohongan semata-mata.

“Menurut logik pembangkang, ia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China.

“Setakat tahun lalu, jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia bernilai RM65 bilion, ketiga tertinggi selepas Singapura dan Jepun.

“Ini lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion). Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun,” katanya hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion.

Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia.

Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Justeru Rahman mahu rakyat membuka mata dan menilai fakta yang ditabur pembangkang.

“Propaganda sebegini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia sekaligus memberi pandangan negatif kepada kerajaan UMNO- BN,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 7:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: