Kategori Ekonomi

Pelaburan RM11 bilion pelengkap tranformasi Cyberjaya

31 MEI: Pembangunan Cyberjaya City Centre (CCC) dengan nilai pembangunan kasar mencecah RM11 bilion dijangka menjadi pelengkap kepada transformasi Cyberjaya sebagai hab teknologi global dan bandar pintar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata projek pembangunan bersama antara Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) adalah projek pembangunan berimpak tinggi yang menjadi kunci utama pelaburan bandar berkenaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Setiausaha Perbandaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din (kanan) semasa majlis pelancaran Bandar Pintar Cyberjaya.

“Saya difahamkan kerja pembangunan untuk fasa pertama sedang pesat dijalankan dan pusat konvensyen dan hotel bakal siap seperti dijadualkan pada 2019.

“Saya ingin tegaskan bahawa untuk mencapai aspirasi nasional, pembabitan pelbagai pihak memainkan peranan yang cukup penting. Tiada jalan pintas untuk menjadi sebuah negara maju melainkan setiap daripada kita mengambil peluang yang ada untuk menyumbang ke arah matlamat besar ini,”  katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bandar Pintar Cyberjaya, Rabu.

Sementara itu, projek berkenaan merangkumi keluasan keseluruhan berjumlah 21.2 hektar dengan nilai pembangunan fasa pertama dianggarkan sebanyak RM5.3 bilion.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 May 2017 6:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: