Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelajar IPT digesa jangan jadi penyebar fitnah

19 MEI: Golongan muda terutama pelajar di universiti awam dan swasta diseru supaya tidak menjadi ejen penyebar budaya fitnah yang boleh menyebabkan berlaku perpecahan kalangan masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa golongan berkenaan seharusnya bijak menilai antara fakta benar dan palsu memandangkan mereka merupakan golongan terpelajar dan berilmu.

Gambar hiasan pelajar universiti.

“Mereka juga perlu menjauhi persepsi songsang dan mengelak dari diresapi pemikiran liberal tanpa sempadan kerana ini boleh mendorong untuk bertindak secara emosional.

“Sebagai anak muda, mereka perlu menjadi pemangkin dalam membantu kerajaan kerana golongan ini adalah kelompok penting dalam proses pembangunan negara,” katanya ketika merasmikan Wacana Pemikiran Anak Muda Masa Depan Negara, Cheras.

Sementara itu seramai 250 penuntut universiti awam dan swasta dari sekitar Lembah Klang mengambil bahagian dalam program yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Darul Naim.

Program anjuran Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan memberi pencerahan serta berkongsi pendapat kepada pelajar berhubung isu semasa yang berlaku.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 8:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]