Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelajar jurusan perubatan antara 6 suspek Daesh ditahan

3 MEI: Seramai enam individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Kesemua mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi di Kelantan, Selangor, Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua lelaki ditahan di Kelantan kerana disyaki bersubahat menyeludup senjata api dari selatan Thailand untuk kegunaan anggota militan Daesh di Malaysia.

“Suspek ketiga ialah seorang penuntut kolej wanita yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dia dilaporkan ke Turki pada 29 Ogos tahun lalu bagi menyertai Daesh di Syria sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 5 Februari lalu ketika menunggu arahan daripada pengganas, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, untuk menyusup masuk ke Syria.

“Dua lagi suspek iaitu seorang penganggur lelaki dan seorang wanita pembantu jurutera kilang yang membantu mempromosikan Daesh melalui aplikasi Google Plus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid berkata, suspek terakhir ialah seorang penganggur lelaki yang ditahan pada 25 April lalu di Pulau Pinang. Katanya, suspek terbabit aktif mempromosikan Daesh melalui 15 akaun Facebook miliknya sejak tahun 2014.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIa – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 11:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: