Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelajar Parlimen Setiawangsa terima sumbangan ‘Kembali ke Sekolah’

18 NOV: Parlimen Setiawangsa merupakan yang pertama membuka tirai agihan bantuan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan menerusi Program Ceria Kembali Ke Sekolah Parlimen Setiawangsa 2018.

Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, program tahunan yang diadakan kerajaan ini adalah bagi membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk sesi persekolahan akan datang.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar terima sumbangan dalam Program Ceria Kembali ke Sekolah Parlimen Setiawangsa 2018

“Saya bagi tahun ini awal kerana saya yakin sekiranya persediaan awal itu dilakukan sebelum mereka bercuti ianya lebih baik. Saya cukup yakin ibu bapa dan murid-murid cukup bertanggungjawab dengan wang yang mereka dapat khusus untuk pendidikan mereka bagi tahun depan.

“Malah, bantuan ini juga disifatkan sebagai bantuan yang benar-benar diperlukan kerana ia memperuntukkan pemberian tunai untuk mereka tentukan barangan yang diperlukan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program itu di Sekolah Menengah Seksyen 5 Wangsa Maju, hari ini.

Tambah Ahmad Fauzi program ke-5 yang diadakan ini disalurkan kepada 1,500 pelajar secara keseluruhannya dalam bentuk beg sekolah dan wang tunai RM100.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari bersama pelajar-pelajar yang menerima bantuan pada Program Ceria Kembali ke Sekolah Parlimen Setiawangsa 2018 di Sk Desa Tun Hussein Onn Wangsa Maju. Turut hadir Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad

Antara penaja yang menyumbang tahun ini adalah dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), Yayasan Wilayah dan Teknologi Park Malaysia

Parlimen Setiawangsa mempunyai 28 sekolah secara keseluruhan iaitu 18 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah.

Turut hadir pada majlis ini isterinya, Datin Natilah Ahmad; Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hassan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2017 3:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: