Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelajar sekolah ditahan antara suspek penganas

13 OKT: Pelajar sekolah adalah antara beberapa individu ditahan polis, dipercayai merancang melakukan serangan militan di beberapa lokasi dalam negara.

Penahanan kesemua suspek dalam beberapa operasi berasingan di Kelantan sejak Selasa lalu dipercayai akan melakukan serangan menggunakan bahan letupan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan perkara berkenaan, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut.

“Ya ada tangkapan dibuat terhadap beberapa individu yang cuba melakukan serangan dalam negara namun saya tidak boleh dedahkan maklumat lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan.

“Bagi kami jalankan siasatan dahulu dan satu kenyataan akhbar akan dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur, Jumaat.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Arcyl Sani Abdullah Sani menggantikan Pengarah StaRT, Datuk Abd Manan Mhd Hassan bersara wajib semalam selepas berkhidmat selama 41 dalam pasukan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur ,Datuk Amar Singh Ishar Singh  jawatan dilantik sebagai Pengarah JSJK  baharu.

Jawatan kedua-duanya akan berkuatkuasa 9 November depan.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan Himpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya, esok, Fuzi berkata pihaknya bakal mengambil tindakan ke atas penganjur sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

“Setakat ini kita sudah terima 27 laporan polis berhubung perhimpunan itu daripada pelbagai pihak yang tidak mahu ia diadakan di lokasi berkenaan.

“Walaupun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah beri kebenaran kepada penganjur untuk berhimpun di situ tetapi kita tidak setuju perhimpunan dibuat di Padang Timur,” katanya lagi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 1:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]