Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelakon klip video Teresa beri kerjasama kepada polis

11 FEB : Pelakon wanita yang berlakon sebagai Mrs Jit dalam video kontroversi Onederful Malaysia CNY 2014 bersama ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berkata, wataknya sepatutnya menggambarkan pelakon Hong Kong, mendiang Lydia Shum.

“Saya tidak tahu mengapa orang ramai mengatakan watak saya menggambar seorang ahli politik di negara ini.

“Peminat-peminat program televisyen Hong Kong pastinya faham mengenai gambaran itu dibuat merujuk kepada Lydia Shum,” kata Lim Ching Miau, 32, ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.

videoteresa

Lim (tengah)

“Sebagai seorang rakyat negara ini yang bertanggungjawab, saya mahu memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyelesaikan perkara ini,” kata Lim.

Pelakon sitkom 88 Kopitiam RTN itu, menjelaskan bahawa pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh itu menghubunginya antara dua dan tiga hari sebelum rakaman video itu dibuat.

“Saya berjumpa dengan Teresa buat kali pertama ketika terbabit pembikinan video itu. Saya terima skrip ketika itu juga,” kata Lim.

Beliau menambah, polis menghubunginya jam  5 petang Jumaat, memintanya untuk hadir ke ibu pejabat polis bagi merakamkan kenyataannya.

Difahamkan bahawa dua pelakon lelaki dalam video itu tiba di IPK kira-kira jam 9 pagi bagi merakamkan kenyataan mereka.

Mereka dilaporkan meninggalkan bangunan itu pada empat jam kemudian.

Kira-kira 300 laporan polis dibuat terhadap video Tersa  di mana beliau berlakon sebagai seorang hos program bual bicara mengenai feng shui dengan membuat sindiran terhadap beberapa isu negara, termasuk sistem pendidikan, peningkatan kos sara hidup, keselamatan awam dan pencerobohan di Sabah pada Februari tahun lepas.

Teresa disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana didakwa membuat kenyataan yang menghina pemimpin-pemimpin negara.-bnbbcmy

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2014 6:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: