Kategori Berita Utama

Pelan Perdamaian Nasional tidak termasuk tubuh kerajaan perpaduan

29 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelan perdamaian nasional yang diusahakan kerajaan akan berasaskan empat teras iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa

Najib dalam kenyataan pada Rabu berkata, pelan yang diusahakan kerajaan itu adalah berasaskan prinsip-prinsip demokrasi, namun tidak termasuk sebarang usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri melambai tangan ke arah orang ramai semasa menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang Rabu.

PERPADUAN…Masyarakat berbilang kaum hadir ketika Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 di Pulau Pinang yang ditadbir pembangkang,

“Kami (kerajaan Barisan Nasional) telah diberikan mandat besar oleh rakyat untuk mentadbir pada pilihan raya umum lepas dan kami berhasrat melakukannya,” kata beliau

Bagaimanapun, Najib berkata, pihaknya perlu melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang dianjurkan.

“Kami terbuka untuk berbincang dengan semua pihak dan kami boleh gunakan Parlimen, termasuk menubuhkan jawatankuasa dwi-partisan untuk membincangkan isu-isu yang menjejaskan perpaduan nasional,” katanya lagi dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet itu.

unityMenurut beliau lagi, dalam mesyuarat hari ini, anggota Kabinet telah meneliti satu pelan untuk membangunkan dan menggalakkan persekitaran kondusif untuk membantu menggalakkan perdamaian nasional menerusi perpaduan dan konsensus di dalam negara.

Najib berkata, sebenarnya beliau mengilhamkan idea perdamaian nasional ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, namun beberapa pihak dilihat tidak menyambut rayuannya untuk bekerjasama.

Malah pihak berkenaan mempersoalkan kesahihan keputusan pilihan raya sedangkan keraguan mereka terbukti tidak berasas.

“Saya kini menjadi lebih bersemangat apabila melihat pembangkang menggesa bagi satu konsensus dan saya percaya mereka akan mengalu-alukan perkembangan baharu ini.

“Saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan-perubahan yang kita harap akan menjadikan semua rakyat Malaysia lebih rapat,” kata Najib.-bnbbc

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2014 8:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: