Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat dilancar Ahad

Setiap individu rakyat Malaysia yang berusia tidak kurang 21 tahun, dengan pendapatan tidak melebihi RM7,500 sebulan boleh memohon Rumah Idaman Rakyat (RIR) secara online melalui internet mulai Ahad.

Bagi yang berkeluarga pula, mereka layak memohon RIR jika pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10 ribu seulan.

Sistem permohonan online RIR, projek yang diamanahkan kerajaan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dilancarkan pada petang Ahad di tapak projek Taman Universiti Jaya Fasa II, di Semeling, Merbok, Kedah.

Dr. Latif dan badrul Hisham pada sidang media selepas pelancaran rasmi pendaftaran secara online Rumah Idaman Rakyat pada petang Ahad.

Dr. Latif dan badrul Hisham pada sidang media selepas pelancaran rasmi pendaftaran secara online Rumah Idaman Rakyat pada petang Ahad.

13828694668431

TINJAU…Dr. Latif dan Badrul Hisham meninjau pameran Rumah Idaman Rakyat SPNB sempena pelancaran pendaftaran online untuk proram itu di tapak projek Taman Universiti Jaya Fasa II, di Semeling, Merbok, Kedah.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, yang juga Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Turut hadir ialah Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrul Hisham Hashim.

Projek RIR di Semeling, dalam Daerah Kuala Muda itu adalah projek sulung RIR.

Ia adalah projek pembangunan hartanah bercampur merangkumi pembinaan 150 buah rumah teres kos sederhana rendah, 149 unit rumah teres kos sederhana serta lima unit rumah kedai.

Ketika membentangkan Bajet 2014 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan mahu SPNB bertindak sebagai pemaju projek RIR kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain.

Perdana Menteri turut memaklumkan SPNB akan membina tiga ribu unit RIR di seluruh negara pada 2014.

Harga jualan rumah kediaman projek SPNB tidak melebihi RM250 ribu sebuah, manakala unit rumah kedai dijual pada harga tidak lebih RM4 juta seunit.

Keutamaan SPNB ialah mereka yang ingin memiliki rumah pertama, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU).

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar bagi memohon RIR bolehlah melayari laman web SPNB di alamat www.spnb.com.my.-27/10/2013

Pelancaran Pendaftaran Online Rumah Idaman Rakyat | 1News Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2013 8:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: