Kategori Berita Antarabangsa

Pelancong China nyaris maut, bot meletup di Krabi

15 JAN: Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot laju yang mereka naiki terbakar dan meletup di perairan Krabi, destinasi pelancongan yang terkemuka di selatan Thailand, menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Krabi, Paisarn Khunsri berkata bot laju itu, “King Poseidon 959” sedang dalam pelayaran ke Pulau Phi-Phi apabila insiden itu berlaku pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

Foto Bernama

“Laporan awal menyebut tiga daripada mangsa cedera parah, tiga cedera sederhana sementara beberapa orang yang tidak diketahui bilangan mereka cedera ringan,” kata beliau.

Penumpang yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk Hospital Phi-Phi, Hospital Krabi dan Hospital Phuket untuk rawatan segera.

Menurut Paisarn, pihak berkuasa tempatan akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2018 9:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: