Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelanggaran MRT Singapura, 6 rakyat Malaysia cedera

16 NOV: Enam rakyat Malaysia adalah antara 29 penumpang yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kemalangan tren di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Joo Koon di Singapura pada Rabu.

Menurut Wisma Putra, kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau perkembangan terkini berhubung insiden itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, seramai  517 penumpang dilaporkan berada dalam tren itu yang bergerak pada kelajuan 16 km sejam apabila ia berlanggar dengan sebuah tren yang sedang berhenti  di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

Laporan The Straits Times  menyebut bahawa kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2017 4:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: