Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelukan 10 saat kukuh rumahtangga

29 NOV: Pasangan berkahwin perlu mengamalkan ‘peluk 10 saat’ bagi mengekalkan rumah tangga masing-masing.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati lebih satu pertiga perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian dalam tempoh lima tahun pertama disebabkan pelbagai faktor.

Foto hiasan.

“Jadi, jomlah peluk pasangan masing-masing dan anak-anak untuk 10 saat kerana teknik ini berupaya mengukuhkan institusi kekeluargaan,” katanya yang menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi, di parlimen hari ini.

Wakil rakyat PKR itu membangkitkan persoalan mengenai isu rumah tangga kalangan generasi muda yang berdepan masalah untuk menempuh persekitaran baharu di alam perkahwinan.

Tambah Azizah, pihaknya juga mengalakkan pasnagan berkahwin dilanda konflik supaya menyertai program pasca perkahwinan anjuran kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk LPPKN

“Statistik juga menunjukkan perceraian kalangan generasi muda, khususnya lelaki berlaku angkara campur tangan ibu mentua.

“Oleh itu, nasihat menerusi sesi kaunseling berupaya membendungnya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: