Kategori Berita Utama

Peluru tembak jatuh MH17 dibawa dari Russia

28 SEPT: Peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine dua tahun lalu, dibawa ke kawasan berkenaan dari Russia.

Penemuan itu diumumkan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) diketuai Belanda di Nieuwegein, sebentar tadi.

Members of a joint investigation team present the preliminary results of the criminal investigation into the downing of Malaysia Airlines flight MH17 , in Nieuwegein, on September 28, 2016. Last year a separate inquiry led by the Dutch Safety Board (OVV) found the Boeing 777 was hit by a BUK missile fired from an area most likely in rebel-held eastern Ukraine, where pro-Russian separatists have been battling Ukrainian forces since early 2014. / AFP PHOTO / EMMANUEL DUNAND

Foto AFP

“Berdasarkan siasatan jenayah, kami merumuskan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK siri 9M83 yang dibawa masuk dari wilayah Russia,” kata Ketua Penyiasat Polis Belanda, Wilbert Pualissen.

Katanya, peluru berkenaan dilancarkan dari perkampungan dikuasai kumpulan pemberontak, Pervomaysk.

Beliau menambah, sistem pelancar peluru berpandu itu ” kemudiannya dibawa pulang ke Russia.”.

Pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh, kebanyakannya rakyat Belanda.

Nahas terbabit berlaku di kawasan konflik antara tentera kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia, menyebabkan dua pihak bertelagah itu saling menyalahkan antara satu sama lain atas kejadian itu.

Pendakwa antarabangsa Robby Oehlers pula berkata, penyiasat juga telah mengenal pasti 100 suspek dalam siasatan mereka.

Ahli-ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan siasatan itu di hadapan media.

serpihan MH17

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 September 2016 9:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: