Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemain bolasepak ditahan pandu kereta klon

5 MEI: Seorang pemain import pasukan bolasepak Selangor ditahan di Puchong awal pagi tadi selepas didapati memandu sebuah kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Suspek warga Liberia berusia 30 tahun itu ditahan polis yang memantau kereta jenis  BMW 325i, di hadapan sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong, sekitar jam 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata suspek ditahan selepas membuka pintu menggunakan alat kawalan jauh untuk menghidupkan enjin kereta berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati nombor chasis kereta berkenaan tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan nombor pendaftaran kereta berkenaan direkodkan atas kenderaan lain yang berkemungkinan sudah tidak digunakan lagi namun pemeriksaan masih dilakukan.

“Kereta berkenaan bukan dicuri sebaliknya adalah sebuah kereta yang disyaki diklon,” lapor BH Online, Jumaat.

Suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada pagi tadi serta direman dua hari bermula hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 May 2017 9:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: