Kategori Ekonomi

Pemain industri PKS perlu tingkat kualiti produk

16 NOV: Pemain industri digesa meningkatkan produktiviti serta kualiti produk bagi mencapai sasaran 41 peratus sumbangan sektor Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam tempoh tiga tahun sebelum 2020, masih ada baki lapan peratus untuk dicapai industri itu bagi mencapai sasaran ditetapkan.

“PKS adalah sektor penting bagi menjana pendapatan negara dengan cepat dan sebagai penggerak ekonomi.

“Justeru, saya memperuntukkan satu peruntukan besar untuk proses transformasi PKS, iaitu RM22 bilion dalam Bajet 2018 lalu,” katanya.

Najib mengulas ketika menjawab soalan pada sesi sembang santai sempena pelancaran Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibukota hari ini.

Turut serta adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad, manakala Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim bertindak sebagai moderator.

Dalam majlis sama, Najib melancarkan SMIDEX 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2017 4:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: