Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemaju gagal siapkan rumah akan disenarai hitam

7 NOV: Pemaju perumahan yang  gagal menyiapakan projek perumahan sehingga terbengkalai akan disenaraihitam, kata Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata tindakan itu akan diambil apabila syarikat terbabit memohon Permit Iklan dan Lesen Pemaju (APDL) untuk projek seterusnya.

Beliau mengulas sedemikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkenaan jenis tindakan terhadap syarikat terbabit

Tegas Noh, kerajaan juga akan mewajibkan pemaju membayar 3 peratus dari kos projek untuk  digunakan bagi menyiapkan projek terbengkalai.

“Pada masa sama kita mempertimbang untuk memasukkan insurans dalam perjanjian jual beli perumahan bagi melindungi pembeli,” katanya.

Sejak Januari 2009 sehingga 11 Oktober lalu, sebanyak 253 projek perumahan swasta disahkan terbengkalai di Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118) meliputi 64,290 unit rumah.

Manakala pada tempoh sama, daripada 190 projek yang disiapkan, 32 projek dipulihkan menggunakan dana kerajaan dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM219.793 juta.

Namun projek perumahan swasta terbengkalai yang menggunakan dana kerajaan hanya membabitkan projek rumah kos rendah dan kos sederhana.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2017 5:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: