Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemandu pembunuh pengasas AmBank dipenjara 14 tahun, 6 sebatan

17 FEB: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan terhadap pemandu teksi yang didakwa membawa suspek kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Azwarnida Affandi setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan Chew Siang Chee, 46, bersalah memiliki sepucuk pistol, bekalan peluru serta empat butir peluru hidup.

Chew dihukum 10 tahun dan enam sebatan kerana memiliki sepucuk pistol jenis Walther dan bekalan peluru, manakala empat tahun penjara lagi kerana memiliki empat butir peluru hidup.

Azwarnida mengarahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh Chew ditangkap pada 3 Ogos tahun lepas.

Hussain-Ahmad-NajadiChew didakwa memiliki pistol berkenaan bersama satu magazine (kelopak) peluru Walther yang menyalahi undang-undang di Peti Surat B-15-2, Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields, pada jam 5.45 petang 3 Ogos tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan.

Manakala bagi kesalahan memiliki empat butir peluru hidup jenis 9mm tanpa lesen pada tarikh, masa dan tempat yang sama Chew dituduh mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000, atau kedua-duanya.

najadi murder sei gan chaiDalam kejadian 29 Julai tahun lalu, Hussain, 75, maut manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di ibu.

Seorang penarik kereta Koong Swee Kwan, 44, didakwa membunuh Hussain di mahkamah pada 3 Oktober tahun lalu.

Dia turut didakwa cuba membunuh sehingga menyebabkan kecederan terhadap isteri mangsa, Chong Mei Kuey, 49, di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh yang juga dikenali sebagai ‘Empat Mata’ ditahan selepas hidup dalam pelarian selama dua bulan selepas kejadian itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2014 1:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: