Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembalak didakwa beri suapan RM2,000

 8 JAN:   Seorang pembalak haram dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah (4) disini, hari ini atas kesalahan memberi suapan RM 2,000 kepada Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, tahun lalu.

Lee Swee Sin, 44 didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan apabila memberi suapan berkenaan dalam bentuk wang tunai kepada Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pegawai Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 18 Jun 2013 jam 12.25 tengah hari di Restoran Budyz, Semenyih, Selangor.

sprmgariSuapan itu kononnya sebagai dorongan supaya pegawai hutan berkenaan tidak mengambil tindakan terhadap pakciknya, Lee Ah Seng yang telah mengambil hasil hutan (balak) secara haram.

Mengambil hasil hutan dari tanah kerajaan tanpa kebenaran merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta  Perhutanan Negara 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) Akta sama.

Tertuduh mohon untuk dibicarakan.

Peguambela tertuduh, Afifuddin Ahmad Hafifi dalam rayuannya kepada mahkamah memohon jumlah jaminan sebanyak RM 3,000 memandangkan tertuduh mempunyai 6 orang anak, telah memberi kerjasama  dan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Norazah Kasran turut memohon supaya tertuduh diarahkan untuk melaporkan diri di  Ibupejabat SPRM Putrajaya.

Hakim, Tuan Asmadi Hussin menetapkan wang jaminan sebanyak RM 4,000 dan tertuduh dikehendaki melapor diri di Ibu Pejabat SPRM, setiap minggu pada hari Isnin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Januari ini. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 January 2014 12:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: