Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembalakan Pos Piah, NRE arah JAS tangani segera

10 DIS: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melahirkan keprihatinan terhadap masalah pembalakan yang menganggu punca rezeki Orang Asli di empat kampung di Pos Piah, Sungai Siput, Perak.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau sudah berjumpa serta menerima memorandum bantahan dengan wakil penduduk dari Kampung Piah, Kampung Gentes, Kampung Teras dan Kampung Kembok pada 4 Dis lalu.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) menerima memorandum bantahan berkenaan pembalan di Pos Piah, Perak oleh wakil penduduk.

“Mereka membangkitkan aktiviti pembalakan yang berdekatan dengan kampung mereka dikhuatiri akan menjejaskan aktiviti dan mata pencarian hidup yang amat bergantung pada hasil-hasil hutan.

“Oleh kerana tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, saya mengarahkan supaya mesyuarat dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama-sama dengan semua pihak yang berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wakil penduduk itu dilaporkan sudah menyampaikan memorandum bantahan pada 22 Ogos lalu yang diterima wakil Pejabat Menteri Besar Perak.

Pada 12 Ogos, 11 penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan ditahan polis selepas dipercayai menghalang tugas Jabatan Perhutanan Negeri menjalankan kerja penandaan pokok.

Bagaimanapun mereka dibebaskan keesokkan harinya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2017 11:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: