Kategori Berita Utama

Pembangkang bercelaru isu moral dan akidah – Ezam

16 DIS: Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang berdepan isu pemimpin-pemimpinnya yang dikaitkan dengan masalah moral serta akidah.

Selepas menyelar pandangan kononnya  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim disamakan dengan mendiang Nelson Mandela, Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd Noor mempertikaikan imej pembangkang yang semakin tercalar dengan isu-isu besar.

Mengulas isu Mohamad Sabu dan Syiah, Ezam menyifatkan bahawa PAS gagal memainkan peranan sebagai parti yang berlandaskan Islam dalam isu akidah umat Islam.

anwarmatsabu

Anwar dan Mat Sabu…ada rahsia masing-masing

Beliau mendakwa PAS  lebih mementingkan ‘mileage’ politik berbanding menyelamatkan akidah mereka yang terpesong.

“Soal Mat Sabu ini soal serius, kerana ia melibatkan soal akidah, dan saya hairan bagaimana sebuah parti yang tertegak atas nama Islam  tidak mengambil sikap yang serius.

“Seharusnya PAS serta merta mengambil tindakan sebagai contoh gantung dulu Mat Sabu sehingga siasatan diselesaikan, kerana kalau benar Mat Sabu itu Syiah dalam tempoh 24 jam macam-macam boleh berlaku,” katanya.

Tambahnya,  sebagai seorang Timbalan Presiden, Mat Sabu  boleh memesongkan akidah orang lain dalam PAS khususnya.

“Jadi kenapa PAS berdiam diri, apakah bagi PAS itu soal akidah itu bukan soal utama? Bagi PAS soal utama ialah soal politik, soal menjaga imej politik mereka daripada perkara lain, kalau itulah yang sebenarnya, nampak sangat parti pembangkang ini tidak mempunyai keutamaan yang betul dan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya,” katanya.

Menurut Ezam,  perkara ini hanya memperlihatkan pembangkang  satu pakatan yang terpesong daripada  matlamat  perjuangan mereka yang sebenar ditambah dengan isu moral membabitkan Anwar.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Mat Sabu sedangkan beliau amat yakin mereka maklum berkenaan pegangan akidah pemimpin nombor dua PAS itu.

“Pakatan ini memang satu parti yang songsanglah, akidah ada yang songsang, Anwar moralnya  songsang.

“Sepatutnya PAS tidak perlu tunggu orang luar untuk membetulkan perkara ini, ramai kenal dan tahu berkenaan Mat Sabu ini, tetapi PAS mengambil pendekatan untuk membisu, tidak ambil tindakan apa-apa mungkin atas faktor politik ke apa,” katanya.

ezamsha

EZAM…Anwar ada masalah moral, Mat Sabu isu akidah

Dalam pekembangan yang sama, Anwar mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sebagai boneka kerajaan untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional.

Kenyataan  Ketua Pembangkang dilihat sebagai mempertahankan Mat Sabu dari terus-terusan dituduh sebagai seorang yang berfahaman Syiah.

“Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden UMNO atau berdasarkan undang-undang Islam?

“Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu,” dalih Anwar untuk mempertahankan Mat Sabu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 December 2013 1:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: