Kategori Berita Utama

Pembangkang diselar guna media asing untuk jatuhkan PM

12 JUN: Tindak-tanduk pembangkang di negara ini yang terlalu bergantung kepada liputan serta laporan media asing, semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan memerintah merupakan ancaman yang boleh menggugat dan membahayakan sistem demokrasi negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar tindakan oleh pembangkang itu sebagai tidak wajar itu yang menggunakan lporan media asing secara bulat-bulat tanpa memeriksa fakta merupakan satu senjata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini adalah berikutan pengakuan oleh bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi bahawa laporan yang dibuat oleh pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ke atas Najib adalah pembohongan semata-mata.

“Masalah di Malaysia ini apabila ada yang mengambil berita yang disampaikan secara perspektif tanpa mengetahui kebenaran dan kesahihan berita tersebut dan ini memudahkan media asing untuk terus melaporkan pembohongan bagi tujuan ingin menghasut rakyat.

“Pihak pembangkang juga dengan mudahnya mengambil laporan media asing ini untuk dijadikan sebagai isu bagi melawan pemimpin negara. Walhal, kita perlu siasat dahulu betul atau tidak perkara yang disampaikan kalau tidak jadi seperti inilah,” katanya selepas Program Ihya Ramadan di Masjid FELDA Lubuk Merbau, Kedah semalam.

Mahdzir, yang juga Menteri Pendidikan, berkata tindakan pengasas Sarawak Tribune itu sebagai tindakan tidak beretika dan hanya mengambil kesempatan untuk memburukkan nama Malaysia.

“Banyak media asing yang beriya-iya melaporkan tuduhan negatif terhadap perdana menteri yang mana salah satunya Sarawak Tribune dan kelmarin bekas editor portal terbabit sendiri mengakui bahawa laporan yang dibuat selama ini adalah tidak benar.

“Mungkin selepas ini banyak lagi perincian yang akan dibongkarkan bagi membuktikan bahawa semua dakwaan terhadap Najib adalah bohong tetapi saya yakin rakyat sentiasa menyokong pemimpin negara kerana mereka sedar bahawa ini semua bohong,” kata Ahli Parlimen padang Terap itu.

Pada Sabtu lalu, Melanyi (foto) dilaporkan sebagai berkata bahawa dakwaan Brown berhubung isu Najib membayar RM9.5 juta kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak benar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2017 8:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: