Kategori Berita Utama

Pembangkang hanya pandai kritik, kata Pemuda UMNO

24 DIS: Pemuda UMNO menyelar pembangkang yang hanya pandai mengkritik semata-mata menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan dan perdana menteri bagi menagih undi simpati menjelang pilihanraya umum.

Tegas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii, pimpinan Pakatan Harapan (PH) sering menimbulkan dakyah dan terbaharu kononnya kegagalan menyediakan rumah mampu milik untuk belia akan menyebabkan BN dihukum pada pilihan raya umum ke-14.

“PH tidak pernah ada sejarah memperjuangkan apa-apa dasar sebab mereka hanya mengkritik.

“Sebenarnya, soal perumahan sudah sekian lama diperjuangkan Pemuda UMNO yang sering kali mengambil peluang dalam perbahasan setiap tahun untuk memberikan pandangan akar umbi mengenai jalan penyelesaian kepada kerajaan.

“Itu sebab di Wilayah Persekutuan, kita ada Rumawip (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan) yang harganya RM100,000 hingga RM300,000,” lapor FMT.

Semalam, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan mendakwa kegagalan kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik untuk belia akan menyebabkan mereka dihukum pada PRU-14.

Tambahnya jika benar PH mahu memperjuangkan isu perumahan rakyat, gabungan pembangkang itu sepatutnya bermula dengan Selangor dan Pulau Pinang untuk menyediakan rumah kos rendah.

Antara projek Rumawip di Kuala Lumpur di bawah kerajaan BN.

Namun, beliau berkata, keadaan sebaliknya berlaku walaupun Selangor mempunyai banyak tanah dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak membangunnya demi kepentingan rakyat.

“Bukan hanya di Selangor mereka gagal, malah di Pulau Pinang banyak tanah yang kerajaan pusat cadangkan untuk perumahan M40 disukarkan kerana politik.

“Justeru, Saddiq sudah hilang modal kempen dan arah, nak perjuangkan apa lagi? Semua sudah dijayakan kerajaan BN,” kata Razlan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2017 3:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: