Kategori Analisa Isu Semasa

PEMBANGKANG HIPOKRIT BILA ENGGAN HADIR HIMPUNAN SOLIDARITI BAITULMAQDIS

21 DIS: Sehingga jam 5 petang tadi, pemimpin pembangkang dilihat masih belum memberikan apa-apa persetujuan untuk menghadiri Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis esok di Masjid Putra, Putrajaya.

Nampaknya sikap hipokrit mereka semakin menjadi-jadi apabila enggan bersatu padu di bawah panji Jalur Gemilang untuk membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kota Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ia menjadi semakin jelas apabila anak bekas presiden PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa serta Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah mahukan kerajaan mengadakan sidang tergempar parlimen bagi mengecam tindakan Presiden AS, Donald Trump dan Israel.

Alasan diberikan Mujahid adalah himpunan itu tidak sepenting sidang khas parlimen.

Tindakan pembangkang ini sebenarnya amat dikesali kerana dilihat mengutamakan kepentingan politik peribadi berbanding hal menyentuh kemanusian.

Sepatutnya mereka boleh hadir esok dan menyuarakan cadangan sidang parlimen khas untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan perdana menteri.

Sebaliknya ego menguasai diri, menyebabkan mereka  sanggup mengenepikan jemputan terbuka kerajaan kepada semua lapisan masyarakat serta parti pembangkang supaya menghantar wakil mereka.

Atau adakah disebabkan cemburu kerana Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang diberikan keutamaan untuk berucap sebelum perdana menteri berucap?

Perlu dingat bahawa Hadi pernah berkongsi pentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam himpunan solidariti Rohingya anjuran NGO Islam di ibukota pada hujung tahun lalu.

Jika kerana iri hati dengan kemesraan kedua-dua pemimpin itu, ternyata pemimpin Pakatan Harapan didominasi DAP cuba menidakkan usaha murni kerajaan untuk menyatukan rakyat tanpa membezakan idelogi politik dan agama.

Jadi, alasan pembangkan enggan hadir kerana tiada jemputan khas atau menuntut sidang khas parlimen usah digembar-gembur kepada umum.

Kepada rakyat Malaysia, ayuh hadir!

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 5:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: