Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenTragedi MH370

Pembangkang kena tunggu taklimat MH370

7 APR : Taklimat MH370 kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang hanya akan diberikan selepas jawatankuasa siasatan mempunyai fakta baru kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ini bermakna, hasrat pembangkang hendak dengar taklimat pada Selasa 8 April kena tunggu dulu.

Menurut Shahidan, pembangkang menghantar surat permohonan pada 2 April lalu, supaya taklimat disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 8 April.

Namun katanya, kerajaan berpendapat taklimat yang lebih menyeluruh hanya akan disampaikan setelah jawatankuasa menjalankan siasatan dan terdapat fakta-fakta baru untuk diberikan penerangan.

Shahidan Majoriti Mudah Terbaik

Shahidan

“Pelbagai kawatankuasa ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan jawatankuasa peringkat antarabangsa.

“Ketika ini,. segala tumpuan sedang diberikan terhadap proses memastikan perjalanan serta pelaksanaan semua jawatankuasa ini  ditahap terbaik…,”katanya dalam satu kenyataan petang Isnin.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada apa yang hendak disumbunyikan oleh kerajaan dan perkara berkaitan MH370.

“Semua maklumat dan perkembangan terbaru telah disampaikan secara telus dalam sidang akhbar yang disiarkan secara meluas di seluruh dunia,” katanya.

Pada 2 April lalu, MP pembangkang melalui ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook menghantar surat memohon taklimat dari Perdana Menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan melalui Shahidan dengan tariakh cadangan pada 8 April.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2014 3:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: