Kategori Berita Utama

Pembangkang ingat lumba lari 4×100 selar MP Setiawangsa

30 DIS: Tindakan PKR yang meletak syarat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri sementara adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Malah bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari tindakan pembangkang ini disifatkan sesuatu yang tidak masuk akal sehingga sanggup bermain politik ke tahap itu.

“Jawatan penting negara tidak seharusnya dipermainkan, sepatutnya mereka faham mana parti yang mempunyai kerusi lebih dengan kemenangan majoriti akan menubuhkan kerajaan.

“Janganlah buat pentadbiran negara ini seolah-olah larian 4 x 100 meter tak sampai beberapa ketika dah nak kena passing baton dan ia akan menyebabkan negara berada dalam keadaan terumbang ambing.

“Saya tak rasa ia satu perkara yang bijak untuk dilakukan oleh satu-satu parti dalam keadaan parti itu dan ini menunjukkan mereka ketandusan pemimpin untuk memimpin secara konsisten,” kata beliau semasa ditemui selepas program MyPrihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di SMK Keramat Wangsa hari ini.

Tambah Ahmad Fauzi tindakan pembangkang ini juga membuktikan parti tersebut masih tidak mempercayai Pengerusi PPBM itu sendiri.

“Ini satu perkara tidak pernah berlaku dan saya kata ini tidak boleh dibenarkan berlaku… Ini macam mutaah, kahwin sementara. Saya anggap ia tak bijaklah.

“Reformasi tertubuh disebabkan Dr Mahathir, disebabkan itu lah mereka letak syarat sebab nak sangat untuk menang. Saya rasa rakyat Malaysia bijak ini adalah permainan politik mereka yang saya rasa ini tidak adil kepada rakyat,” katanya lagi.

Jelas beliau, agenda jahat sesama pembangkang untuk meletak Dr Mahathir hanya bertujuan semata-mata untuk menang tetapi tidak memikirkan kepentingan rakyat.

“Ini bukan perkara bijak dilakukan oleh sesuatu parti yang dalam keadaan kesatuan pun tidak ada, ini menunjukkan bahawa mereka ketandusan pemimpin untuk mentadbir secara konsisten.

“Maknanya, pada awal-awal lagi mereka tidak yakin dan hanya mahu gunakan Dr Mahathir sementara untuk menang dan kemudiaan mengeluarkan dia selepas menang,” ujarnya lagi.

Blok pembangkang dikatakan bakal menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara sebelum kemudiaannya memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk dalam penjara untuk menjawat jawatan penting tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 4:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: