Kategori Berita Utama

Pembangkang dibidas ibarat ayam, kuman dan gajah

Sikap pembangkang yang sering menyalahkan kerajaan dibidas ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dengan menyifatkan tindakan mereka seperti ‘ayam yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi’ dan ‘kuman seberang laut nampak,gajah depan mata tak nampak’.

Beliau memberikan contoh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Pengerusi DAP Karpal Singh yang kerap buat kenyataan berbeza termasuk ‘hentam satu sama lain’.

Katanya, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak menyalahkan kerajaan kerana tidak meluluskan permohonan pendaftaran gabungan parti pembangkang.

nohazmin

Azmin (kanan) dan Noh Omar

Menurut Noh, pembangkang sebenarnya tidak bersedia berdaftar sebagai satu parti kerana dalam pilihan raya umum lalu, mereka bertanding sesama sendiri.

“Kalau mereka (pembangkang) tak sefahaman, jangan pula nak salahkan kerajaan,” ujar Noh ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau turut merujuk kenyataan Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugur yang mahu pendaftaran parti atau pertubuhan berasaskan agama dan kaum dibatalkan.

“Saya nak tanya dengan PAS adakah mereka setuju dengan Bukit Gelugor. Kalau setuju, PAS mesti dibatalkan sebab ditubuhkan berdasarkan agama,” katanya.

Menurut Noh, walaupun rakan mereka buat kenyataan yang menusuk hati tetapi PAS ibarat kerbau dicucuk hidung dan menuruti apa sahaja DAP cakap demi perjuangan parti mereka.

“Mereka (PAS)  lebih banyak berpolitik hingga sanggup gadai perjuangan. Macam Bukit Gelugor katan, langkah mayatnya dulu jika mahu tubuh negara Islam, PAS sanggup tukar kepada negara berkebajikan,” tegasnya.

Bagi Noh, yang berkuasa dalam pembangkang sekarang adalah DAP, bukannya PAS mahupun PKR.

Kenyataan pedas Noh menyebabkan ahli parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong banguna mencelah mendakwa kenyataan Karpal diputarbelit dan Lim Kit Siang sudah menjelaskan kenyataan Karpal itu ekoran isu profesional perguaman.

Jawapan Sim Chee ditempelak Noh dengan berkata, itulah masalah dalam pembangkang, orang lian bercakap, orang lain menafikan.

Noh menegur PAS kerana tidak berbuat apa-apa ekoran kenyataan Karpal itu selain kenyataan akhbar oleh Ketua Penerangan parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Itu PAS hanya buat kenyataan, bukan ambil tindakan. Sepatutnya PAS jangan sekongkol dengan DAP,” ujarnya.

Beliau turut memetik kenyataan Hadi yang juga ahli Parlimen Marang yang memuji Brunei melaksanakan undang-undang Islam walaupun ditentang Barat.

“Kenyataan Marang bagus..tetapi kenapa nampak Brunei sahaja…tetapi gajah depan mata buta (merujuk PAS yang gagal melaksanakan undang-undang Islam),” ujar Noh menyebabkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut bangun mencelah hingga mencetuskan pertikaman lidah.

Melihat keadaan semakin panas, timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said menegur Noh serta mengingatkan masa perbahasan yang semakin pendek.

“Tolong ikut peraturan. Lagipun, kita ada tetamu luar dari Australia tengok kita (bersidang),” ujrnya.

Noh meneruskan perbahasan dengan meminta PAS membuat pendirian termasuk bersatu dengan UMNO mempertahankamn isu berkaitan agama Islam.-7/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2013 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: