Kategori Berita TPPABerita Utama

Pembangkang patut hargai Kaukus mengenai TPPA

3 DIS:  Pembangkang seharusnya lebih menghargai usaha diambil kerajaan dengan penubuhan Kaukus Parlimen mengenai TPPA yang membuka ruang dan keterbukaan bagi kedua-dua pihak untuk berbincang berkenaan rundingan tersebut.

Menurut Pengerusi Kaukus, Datuk Wira Ahmad Hamzah, walaupun kerajaan sebenarnya berkuasa penuh untuk membuat keputusan melibatkan urusan perdagangan negara, tetapi atas usaha dan cadangan semua pihak terbabit, langkah ini diambil bagi mencapai satu keputusan yang lebih bernas dan baik.

“Malaysia telah menunjukkan sikap keterbukaan itu, dengan segi pemasaran adalah kuasa eksekutif iaitu kuasa kerajaan, tetapi setelah desakan kita, kerajaan bersetuju mengadakan perbahasan di Parlimen sebelum menandatangani perjanjian itu ,” katanya.

kaukustppa

Selain Ehsanuddin, Ahmad turut menyertai Kaukus Parlimen mengenai TPPA adalah ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Jasin itu turut menambah, dalam apa keadaan sekali pun kerajaan tidak akan sekali-kali menggadaikan hak rakyat dan negara demi menjana keuntungan sebelah pihak.

Menurut beliau, rundingan yang diadakan adalah berdasarkan kepentingan rakyat dan negara dalam menjalani proses perdagangan yang lebih luas dan pengukuhan kedudukan ekonomi Malaysia.

“Its must be on our term, dan kalau beliau kata rakyat didahulukan memang tepat, dalam hati beliau ada ketetapan demi kepentingan rakyat dan negara itu dahulu,” katanya.

Menurut ahli Kaukus, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, langkah diambil oleh kaukus mewujudkan lima fasa dalam proses kali ini membuktikan komitmen setiap ahli parlimen yang terbabit  bagi membicangkan soal rundingan yang kerap menjadi modal bantahan bagi ahli pembangkang.

“Kalau dulu ada dua fasa sahaja, kali ini ada lima fasa; analisa untung rugi kita buat dua kali iaitu sebelum dan selepas, kedua kita ada stake holder engagement maknanya kita jumpa rakyat, kita jumpa NGO yang berkepentingan, ketiga kita buat kaukus yang melibatkan dua-dua pihak, keempat peringkat kabinet, dan yang kelima bahas di parlimen.

“Sekarang ini dengan adanya kaukus yang tempat mengeluarkan pandangan ini maka kita dapat maklumat yang lebih terperinci dan berperingkat tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjada kepentingan rakyat seperti yang Perdana Menteri cakap di Amerika, dia kata apa-apa pun saya akan rujuk kepada rakyat, kalau rakyat tak setuju nanti kamu berbincanglah dengan orang lain.

“Ini luar biasa, lima fasa yang begitu terperinci yang dibuat sekali,” jelas Ahli Parlimen Kota Tinggi itu.

Pagi Isnin Kaukus Parlimen Mengenai TPPA mengadakan perbincangan kali ke empat bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2013 2:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: