Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembangkang pertikai keputusan Speaker

4 OGOS: Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan ketidakpuasan hati dengan mempertikai keputusan penangguhan lima sesi mesyuarat yang dibuat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahli Jawatankuasanya, Tony Pua mendakwa speaker tiada hak untuk menangguhkan mesyuarat tersebut tanpa membuat sebarang perbincangan dengan pihaknya.

image“Kita nak tahu siapa yang arahkan Setiausaha PAC untuk batalkan mesyuarat yang dijadualkan oleh majlis mesyuarat PAC.

“Kalau arahan tersebut datang dari speaker, kita nak tahu kenapa, mana klausa dalam peraturan mesyuarat dimana speaker ada kuasa batalkan mesyuarat PAC, kalau nak batalkan, sekurang-kurangnya  ada bagi penghormatan pada PAC untuk adakan mesyuarat atau jemput Naib Pengerusi PAC untuk bincang perkara itu,” katanya pada sidang media di Parlimen, Selasa.

Terdahulu, Speaker melalui Setiausaha PAC, Datuk Roosme Hamzah telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan lima sesi mesyuarat bermula hari ini iaitu 4 Ogos, 5 Ogos, 6 Ogos, 17 Ogos dan 18 Ogos 2015.

Penangguhan itu dibuat susulan perlantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri berserta tiga ahli PAC yang lain iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar, dan Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Tony dalam kenyataannya lagi turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara ‘rubber stamp’ dan bertentangan dengan amalan demokrasi berikutan keputusan yang dikeluarkan Speaker itu.

“Keputusan Pandikar mengesahkan yang Malaysia ni sebuah negara ‘rubber stamp’, tak ada makna nak ‘reform’ parlimen kalau peraturan yang membenarkan PAC untuk bermesyuarat untuk melakukan perlindungan kepada rakyat telah disekat,” katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media yang sama, Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, Kamaruddin Jaafar, William Leong, Datuk Johari Abdul, dan Datuk Mahfuz Omar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 2:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: