Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembangkang sanggup buat apa sahaja kerana gila kuasa

11 NOV: Kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang akan dan sedang dilakukan oleh pembangkang dijangka antara paling kotor dan ganas kerana mereka dilihat semakin ‘gila kuasa’.

Bagaimanapun, menurut Ketua Wanita Nasional GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe, rakyat di negara ini bukan sahaja sudah celik malah jijik dengan gerak geri pembangkang yang hanya berminat untuk menghasut dan bukan berjuang demi rakyat.

Jelasnya, jika dahulu wajah-wajah pembangkang jarang sekali muncul walaupun sudah menang dan kini mereka berceramah ‘menghasut’ rakyat sehingga larut malam.

“Tak rasa malu ke untuk terus menipu rakyat? Tidak rasa berdosa? Bila anda mahu bertaubat? Setiap agama melarang perbuatan menghasut. Tetapi anda tidak segan silu sebaliknya berbohong setiap saat.

“Rakyat sudah celik dan tidak jijik dengan pembangkang yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Macam-macam janji ditabur tetapi apabila sudah menang mereka tetap sama sahaja. Janji tinggal janji dan terus menyalahkan kerajaan pusat dan Barisan Nasional (BN).

“Lihat klip-klip video bagaimana pemimpin-pemimpin DAP, PKR, PAN dan PPBM dahulunya saling mencaci sesama sendiri kini bersama-sama dalam Pakatan Harapan untuk sekali lagi menipu rakyat pada PRU-14,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda dan Wanita di Menara PGRM hari ini.

Tambah Lian Hoe, rakyat sudah meluat dan jijik dengan melihat gelagat pemimpin pembangkang yang penuh dengan penipuan serta kepura-puraan selain sentiasa berkelakuan biadap sepanjang masa.

“Siapa sangka bekas Perdana Menteri yang satu ketika dulu disanjung tinggi kini sudah lupa diri dan latarbelakang kerana tergamak mencaci cerca pucuk pimpinan negara yang satu ketika diterajui oleh beliau sendiri.

“Cermin dahulu siapa sebenarnya lanun, siapa penyangak dan pencuri besar. Kita juga tahu cuma kita tidak seperti anda mahu terus menghasut rakyat sebaliknya kepentingan rakyat adalah keutamaan kerajaan BN.

“Tun M bukan pelupa, bukan juga nyanyuk malah ingatannya masih waras tetapi tamak haloba beliau sangat luar biasa sehingga sanggup menjatuhkan maruah dirinya sendiri,” tegasnya.

Lian Hoe juga membidas kempen pembangkang kerana seringkali menggunakan isu perkauman dan agama sebagai umpan memancing undi bagi terus menanam kebencian rakyat.

“Cukup-cukuplah. Henti perbuatan yang tidak menghormati pada sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama demi kuasa politik,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Lian Hoe turut menyeru kepada keseluruhan komponen BN supaya bersatu dan saling bekerjasama bagi menghadapi PRU 14, sekali gus mencapai kejayaan lebih besar kali ini.

Menurutnya, antara yang paling penting adalah dengan meletakkan calon ‘boleh menang’ yang mempunyai kelayakan sebenar, ikhlas, telus, berintegriti selain berjiwa rakyat dan diterima di peringkat akar umbi.

“Bersatulah kita untuk membawa kemenangan, kejayaan serta kemajuaan dan kemakmuran negara demi rakyat dan generasi anak cucu cicit kita,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 November 2017 12:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: