Kategori Berita Utama

Pembangkang sasarkan Johor sebelum ke Putrajaya – Najib

26 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pembangkang mempunyai strategi khas untuk menjayakan matlamat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Namu, menurut Najib yang juga Presiden UMNO, bagi tujuan itu pembangkang perlu terlebih dahulu menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu Johor.

Najib diberikan taklimat oleh Shahrir ketika meninjau ke dalam bangunan Ibu Pejabat UMNO Johor Bahru selepas merasmikannya pada Ahad

Najib diberikan taklimat mengenai kawasan Parlimen Johor Bahru oleh Shahrir ketika meninjau ke dalam bangunan Ibu Pejabat UMNO bahagian itu selepas merasmikannya pada Ahad.-Foto bnbbc.my oleh Heikal Rosli

Ini mungkin disebabkan kejayaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang  memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah dan beberapa calon pembangkang lain turut menang di Johor pada PRU-13 lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin dengan dibantu Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad yang disifatkan mentor kepada Khalid, mampu mempertahankan Johor daripada kemaraan pembangkang pada PRU-14 kelak.

PM speech rasmi HQ UMNO JBNajib berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan UMNO Johor Bahru, di Taman Suria, Ahad, yang turut dihadir Khaled serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Selain itu, kata Najib, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu berusaha memastikan pengundi di luar bandar kekal menyokong BN dan dalam masa sama parti itu tidak ditolak pengundi di bandar.

Perdana Menteri juga mahu semua wakil rakyat BN terus mengutamakan orang ramai dan membelakangkan kepentingan peribadi.

Dalam ucapannya juga, Najib berjanji Kerajaan Pusat akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan supaya rakyat di Johor Bahru dapat terbabit dalam projek penggunaan tenaga solar di premis masing-masing jika masih ada baki kuota peruntukan di Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Shahrir sebagai Ahli Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA).

Najib berkata, pelantikan itu bagi mengolah pembangunan Iskandar Malaysia untuk kepentingan rakyat Malaysia terutama penduduk Johor.

“Kita tidak mahu Iskandar Malaysia dituduh untuk orang luar saja tetapi ia untuk orang Johor juga dan pada masa sama mengalu-alukan pelabur luar,” kata Najib.

Terdahulu, Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru dalam ucapannya menyatakan minat warga bandaraya itu untuk merintis projek tenaga solar berkenaan.

Kata Shahrir, panel sistem solar itu dijangka dapat membantu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan bagi setiap rumah dan dengan itu rakyat akan dapat menikmati secara langsung bantuan daripada kerajaan.

Shahrir yang juga Pengerusi BNBBC dalam ucapannya berkata mengutamakan rakyat sememangnya sudah menjadi falsafah UMNO Johor Bahru sejak dahulu.

“Ini kerana kemenangan BN atau UMNO bukan terletak pada FB (Facebook) tetapi face to face (pendekatan bersemuka) dengan rakyat.

“Sebab itu jugalah walaupun UMNO berasal dari Johor Bharu tetapi hanya selepas 68 tahun baharulah UMNO JB ada bangunan sendiri sebab UMNO JB mengutamakan qariahnya dahulu,” kata Shahrir.-bnbbc.my

PM bermesra di UMNO JB

Perdana Menteri beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada hari pertama Pejabat UMNO JB dibuka secara rasmi.

PM rasmi HQ UMNO JB

Najib bersama Khalid, Shahrir dan Ahmad Maslan menyempurnakan gimik perasmian Pejabat UMNO JB, Ahad.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2014 4:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: