Kategori Berita Utama

Pembangkang tak malu buat u-turn masukkan BR1M dalam manifesto

18 APRIL: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang tidak tahu malu dan muka tebal apabila meniru kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri berkata, pembangkang membuat pusingan-U apabila memasukkan pemberian BR1M dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) sedangkan sebelum ini bantuan tersebut dikritik hebat.

“Dahulu kata BR1M tak baik, dedak, rasuah tapi alih-alih dalam manifesto mereka ada pula BR1M, selama ini kutuk BR1M. Tak malu, muka tebal.

“Kenapa dalam manifesto ada pula BR1M? Sebab BR1M membantu keluarga seperti yang saya umumkan bahawa pada Ramadan ini kita akan bayar bukan RM400 tapi RM800 untuk membuat persiapan Hari Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Jalan Changkat Jong hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Najib yang melakukan lawatan rasmi ke Perak hari ini, mengumumkan penubuhan Pusat  Transformasi Bandar (UTC) dan pembinaan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan.

Beliau berkata projek itu membabitkan pembinaan 500 unit rumah yang akan dibangunkan menerusi dua fasa.

“Projek PPR saya nak umum cari tapak buat dua fasa, fasa pertama (bina) 250 unit dan fasa kedua 250 unit, jadi 500 unit. Saya serah kepada kerajaan negeri dan ahli parlimen untuk fikir tapak yang sesuai,” katanya.

“UTC di Teluk Intan insya-Allah akan dibuat, ia memang program inisiatif kerajaan yang sangat popular kerana hampir 70 juta pengunjung telah gunakan UTC setakat ini. Cerah UTC bukan macam terowong Pulau Pinang yang tidak nampak hujung terowong,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan untuk memasang lampu limpah di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi di Selabak di sini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 April 2018 1:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: