Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembangkang terus ‘serang’ Syed Mokhtar

18 MAC: Selepas ahli PKR Alor Setar, Gooi Hsiao-Leung gagal membawa usul penyahneraian Bernas di Dewan Rakyat semalam, hari ini ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membangkitkannya supaya Speaker membenarkan usul itu dibincangkan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberikan alasan isu itu penting bagi menjaga nasib petani kononnya penyahsenaraian Bernas itu hanya memberi keuntungan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

syedmokhtarts

Syed Mokhtar

Beliau mohon agar NAFAS dan NEKMAT diberi 10 peratus pegangan bukannya 5 peratus.

Anwar menegaskan, beliau membangkitkan isu ini kerana Bernas disenaraikan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dan setelah menjadi syarikat senaraian awam, jual beli saham Bernas tertakluk kepada transaksi kuasa pasaran terbuka.

Bagaimanapun Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee seklagi lagi menegaskan, usul itu telah ditolak Speaker  dan tidak perlu dibahaskan.

Namun, katanya jika Permatang Pauh tidak berpuas hati, beliau boleh menggunakan Usul 43 iaitu ahli parlimen perlu mengemukakannya dua hari terlebih dahulu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pembangkang ‘menyerang’ Syed Mokhtar malah mereka juga berbuat demikian pada persidangan sesi lalu.

Selain mempertikai isu Bernas, pembangkang juga membangkitkan soal pengambil alihan Gula Perai oleh taikun perniagaan Bumiptera yang berjaya itu. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2014 1:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: