Kategori Berita Utama

Pembangkang tiada keupayaan tubuh kerajaan stabil, kata PM

7 MEI: Pembangkang di Malaysia tiada agenda positif dan rakyat tidak boleh menyandarkan harapan kepada mereka demi masa depan negara yang lebih makmur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat parti dan pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai hanya pandai mengkritik kerajaan meskipun tidak bersifat rasional.

“Saya bagi contoh. Bila harga minyak petrol naik disebabkan harga minyak di pasaran antarabangsa naik, mereka kata Perdana Menteri yang naikkan. Pembangkang persalahkan siapa? PM.

“Kalau harga naik, saya kena kutuk, kalau harga turun patutnya saya dapat pujian,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan di Sabah, Ahad.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said serta pemimpin masyarat di negeri itu.

Tegas Najib, parti dan kepimpinan parti pembangkang hanya berjuang demi kepentingan peribadi semata.

“Parti Pembangkang mana boleh tubuh kerajaan yang stabil. PKR fikir lain. DAP fikir lain. Tun Dr Mahathir fikir lain. Datin Seri Dr Wan Azizah fikir lain. Tan Sri Muhyiddin fikir lain dan Datuk Seri Shafie fikir lain.

“Tengok kenyataan-kenyataan mereka. Macam-macam kenyataan. Hari ini cakap lain, lusa cakap lain. Itu sebab saya kata mereka ini pembangkang pakar ‘U’ turn,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan pembangkang supaya jangan menipu rakyat dengan membuat kritikan tidak masuk akal kerana merugikan rakyat dan negara .

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 4:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: