Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembangkang tuntut undian tetapi keluar Dewan

29 MAC: Blok ahli parlimen pembangkang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Dewan selepas meminta undian belah bahagian ke atas kertas status Kementerian Kewangan berkaitan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mereka keluar beramai-ramai setelah melihat bilangan ahli parlimen kerajaan dan Barisan Nasional lebih ramai berbanding pembangkang sebaik sesi sidang petang bermula 2.30 petang yang di pengerusikan Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohd Said.

Bagaimanapun, proses undian diteruskan yang menyaksikan 101 undi menyokong kertas statut berkaitan GST tersebut manakala undi pembangkang kosong.

Terdahulu, selepas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz menggulung cadangan sebelum sesi rehat jam 1 tengahari, Ahli Parlimen PKR Kapar G.Manivannan menuntut undian belah bahagian.

Sepatutnya perkara berkaitan kertas statut tidak pernah memerlukan undian tetapi Manivannan sengaja menuntutnya kerana berpendapat bilangan ahli parlimen BN tidak ramai di dalam Dewan berbanding pembangkang boleh mengaggalkan kertas statut berkaitan GST itu.

Bagaimanapun Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee menangguhkan proses undian belah bahagian kepada sesi petang.

Antara yang berada di dalam Dewan ketika undian adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen pembangkang masuk semula bagi menyertai perbahasan usul Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar yang dibentang selepas itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2018 3:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: