Kategori Berita Utama

Pembangunan bumiputara agenda nasional berterusan – Najib

3 MAC: Agenda membangun dan memajukan bumiputera tidak patut dipersoalkan kerana jurang perbezaan ekonomi antara kaum di negara ini masih berbeza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Percayalah saya nak beritahu Tan Sri Anuar, kepada Datuk Seri Shafie, bahawa saya akan sokong semua program yang bakal dilaksanakan oleh MARA,” kata Perdana Menteri.

IMG-20140303-WA0057

Najib berucap merasmikan Menara MARA, Isnin.
– Foto bnbbc.my oleh Heikal Rosli

Najib berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Menara MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada Isnin malam.

MARA, kata Najib, adalah badan yang memainkan peranan penting dalam bangunkan ekonomi dan keusahawanan bumiputera dengan lebih 4 juta bumiputera pernah menerim bantuan agensi berkenaan yang mula ditubuhkan sejak 1 Mac 1966 dengan nama Lembaga Kemajuan Perusahaan Kampung (RIDA).

“Bumiputera perlu dibantu dengan mengambil kira elemen merit…merit bukti kesungguhan dan kemampuan bumiputera dan mereka ini memang patut dibantu,” kata Najib komited untuk terus membantu bumiputera yang layak dan boleh berjaya.

“Ini yang saya hendak dengar dan saya suka…saya tak suka dengar orang tipu saya…saya pantang.

“Datang jumpa dengan saya buat muka sedih kerut dahi minta tolong…tapi akhirnya bila saya dapat tahu, orang ini rupa-rupanya ‘rent seekers’, maknanya dia orang yang melobi tetapi dia tidak mengendalikan perniagaan itu pun,” tegas Najib.

IMG-20140303-WA0044

Lebih 5,000 wargakota hadir menyaksikan perasmian Menara MARA yang terletak di attas tapak asal bangunan MARA di tengah-tengah kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.

Najib berharap MARA akan capai kejayaan yang berterusan kerana mahu lebih ramai lagi anak bumiputera mencapai kejayaan.

“Saya nak tegaskan sekali bahawa agenda memperkasakan bumiputera merupakan agenda nasional yang akan berterusan.

“Inilah semangat hasil Kongres Nasional Pembangunan Ekonomi Bumiputera 1965 yang masih menyala dalam hati saya serta seluruh kepimpina yang ada,” tegas Najib.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Aminarrashid ketika ditemui selepas majlis perasmian Menara MARA menyokong kenyataan Perdana Menteri untuk menjamin kesinambungan kewujudan MARA.

Beliau yang juga merupakan tokoh profesional hasil keluaran MARA melalui Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berkata, MARA sudah banyak berjasa melahirkan ramai tokoh usahawan, cendekiawan dan profesional bumiputera sejak 48 tahun.

“Ini tidak dapat kita nafikan…tapi cabaran baru untuk MARA ialah untuk menangani masalah kemiskinan bumiputera di bandar,” tegas Noor Ehsanuddin.

Katanya, itulah sikap dan pendirian kerajaan dari dahulu yang prihatin serta berpandangan jauh jika dilihat kepada sejarah penubuhan MARA, FELDA, RISDA, KEJORA, MADA, KEMUBU dan banyak lagi.

“Kalau tak ada MARA tak mungkin saya dapat jejak kaki saya ke menara gading dan hingga ke luar negara.

“Saya anak MARA saya amat berterima kasih dan saya berdoa kepimpinan kita akan terus mendokong kewujudan MARA serta membela rakyat,” katanya mengakhiri perbualan dengan bnbbc.my pada tengah malam Isnin.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 March 2014 11:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: