Kategori Ekonomi

Pembangunan Lembah Wawasan sebahagian dari Greater KL

4 MEI: Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) di Negeri Sembilan merangkumi kawasan seluas 153,000 hektar dijangka mampu menarik peluang pelaburan lebih RM290 bilion serta mewujudkan 1.38 juta peluang kerja.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangunan meliputi daerah Seremban dan Port Dickson  yang dibahagikan kepada lima kluster adalah pembangunan terancang secara berfasa sehingga tahun 2045.

“Ia termasuk kluster Pusat Daerah Perniagaan, Bandar Alam, Lembah Teknologi Pendidikan, Pelancongan dan Kesejahteraan serta Perbandaran Kehidupan Baru.

“Pembangunan ini akan menjadi sebahagian daripada ‘Greater Kuala Lumpur’ di bawah Zon Potensi Pembangunan dalam Rancangan Fiskal Negara,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) membabitkan tiga syarikat untuk meneraju pembangunan MVV, Khamis.

Pada majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) itu, Sime Darby Property Berhad diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Jauhari Hamidi, Brunsfield Development Sdn Bhd oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Gan Thian Leong manakala Kumpulan Wang Persaraan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tegas Najib, MVV juga mempunyai hab pengangkutan bersepadu yang berteraskan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bandar Malaysia dan Singapura.

“Manakala dalam pelan pelaksanaan awal di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), RM560 juta diluluskan bagi pembangunan sistem perhubungan jalan raya di kawasan MVV,” kata beliau.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 May 2017 8:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: