Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pembantu warden madrasah bebas dengan jaminan

3 MEI: Pembantu warden sebuah madrasah tahfiz di Johor yang direman sejak 23 April lepas bagi membantu siasatan kes kematian pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.

Terdahulu, suspek, yang berbaju lokap berwarna jingga tiba di perkarangan mahkamah pada 12.15 tengah hari dengan diiringi dua anggota polis sebelum dibawa masuk ke Bilik Pendaftar Mahkamah Kota Tinggi pada 12.45 tengah hari..

Sebelum itu, suspek direman empat hari yang bermula pada 23 April lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010, sebelum dilanjutkan lagi selama tiga hari bermula pada 27 April lalu.

Pelajar berkenaan, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 19 April  meninggal dunia pada 26 April lalu

Sebelum itu, pembantu warden itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat pada 22 April selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Polis dilaporkan berkata kes kematian Thaqif diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 5:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: