Kategori Berita Utama

Pembatalan IMAMS tiada kaitan politik

17 DIS: Langkah kerajaan membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah adalah kerana protes serta kemarahan orang ramai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, penarikan semula sistem berkenaan tidak ada kaitan dengan politik sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“Pembatalan itu adalah setelah adanya protes. Bukan hanya syarikat pengendali pelancongan yang kendalikan umrah (bantah) tetapi juga badan NGO termasuk Pemuda UMNO dan individu yang ulama merasakan supaya IMAMS tidak dilantik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Awal hari ini, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti itu berharap pembatalan berkenaan kekal dan bukan semata-mata umpan untuk menarik semula sokongan orang ramai kepada kerajaan menjelang PRU-14.

“Hari ini kerajaan terpaksa membatal pelaksanaan IMAMS. Apakah batal buat selama-lamanya atau kerana pilihan raya sudah dekat? Adakah syarikat yang telah dijanjikan untuk faraid sesama mereka boleh batal begitu sahaja?,” soal Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Menjawab pertanyaan itu, Ahmad Zahid menolak pembatalan IMAMS adalah gimik politik BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

Ujarnya, isu pelantikan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) IMAMS yang bukan Islam juga harus dititikberatkan kerana penyandang adalah bukan Islam.

“Saya tidak fikir adanya unsur politik dalam perkara ini. Tapi saya menghidu ‘bau yang tidak enak’ jika ada yang mengambil peluang terutama apabila CEO yang tak pernah mengerjakan umrah untuk menjadi CEO,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan pembatalan IMAMS selepas mengambil kira bantahan pelbagai pihak.

Pembatalan itu dibuat sehari selepas ia dilancarkan berikutan pelbagai masalah termasuk menimbang semula kadar cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan kepada jemaah umrah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 December 2017 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: