Kategori Ekonomi

Pembatalan tidak gugat pelan pembangunan Bandar Malaysia

4 MEI: Konsortium dianggotai syarikat dari Jepun berminat merebut tender projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kandungan sebut harga tender termasuk jumlah kos yang akan dikemukakan dalam bidaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (kanan), Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagaw(kiri) dan Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun, Keiichi Ishii (tengah).

Sebelum ini, beberapa negara turut berminat membida projek itu, antaranya China, Korea dan Amerika Syarikat, manakala tempoh pembidaan dibuka sehingga hujung tahun ini kepada syarikat asing serta tempatan.

Tegas Rahman, kerajaan Jepun turut bekerjasama dengan syarikat swasta untuk mendaptkan tender terbabit disebbkan rasa yakin terhadap tahap ekonomi negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Angka yang ditunjukkan agak menarik terutama dari segi penurunan kos pembinaan dan kita harap mereka menterjemahkannya dalam bidaan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Keiichi Ishii, Putrajaya, Khamis.

Projek HSR antara Malaysia-Singapura bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East di Singapura, dijangka siap pada 2026 membabitkan landasan sepanjang 350 kilometer.

Apabila siap kelak, ianya akan mempunyai lima stesen transit iaitu Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Sementara itu, ditanya mengenai pelabur yang menarik diri dari Bandar Malaysia, Rahman berkata kerajaan akan mencari pengganti syarikat itu yang mempunyai pelan lebih menarik dan menyeluruh bagi membangunkan projek berkenaan.

“Pembatalan itu tidak menggugat pelan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membangunkan bandar yang bakal menjadi hab serantau bagi syarikat multinasional dari seluruh dunia,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan sedang mencari pelabur baru untuk Bandar Malaysia selepas konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal membayar RM7.42 bilion untuk pegangan saham 60 peratus sejak menandatangani perjanjian Perkongsian Jualan dengan TRX City Sdn Bhd  pada Disember 2015.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 May 2017 5:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: