Kategori Berita Utama

Pembebasan Anwar tidak jejas persiapan BN

7 JAN: Pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara pada 11 Jun ini tidak  memberikan sebarang tekanan kepada BN terutama persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, Jabatan Penjara sentiasa mematuhi sebarang tempoh seseorang tahanan  itu dan kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati keputusan dibuat mahkamah.

“Pasal apa tekanan?

“Tempoh sesuatu hukuman itu harus dihormati oleh semua pihak dan pada hemat saya tarikh yang disebutkan dalam sidang media semalam adalah tarikh yang dijangkakan, tetapi jika PRU14 itu dibuat lebih awal, maka mungkin agak terlewat untuk Anwar menjadi tokoh yang penting di negara ini,” katanya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 2015 akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zahid berkata demikian selepas merasmikan upacara pelepasan peserta Larian Amal Antartica Aweta 2018 di Shah Alam, Ahad.

Turut hadir adalah Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr Nordin Kardi; Pengarah Projek Aweta 2018, Datuk Noorizah Abd Hamid serta Ekspeditor Negara dan Mentor Aweta 2018, Dr Sharifah Mazlina Syed Abd Kadir.

Sementara itu, beliau berkata peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang wanita untuk mengetuai negara.

“Siapa sahaja boleh sebab perlembagaan menentukan bahawa sesiapa sahaja yang menjadi ketua kepada mana-mana parti, memperolehi sokongan majoriti ia akan menjadi ketua majlis, ketua ke parlimen dan boleh menjadi ketua kepada kerjaaan,” kata Zahid.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata pembangkang bersedia menamakan calon perdana menteri mereka daripada golongan wanita.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 11:34 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: