Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemberian RUMAWIP berdasarkan tapisan tiada ‘kroni’ terlibat

27 MAC: Pembangkang ditemplak kerana terus-terusan mempertikaikan pembinaan Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, secara sinis menjelaskan adalah sukar untuk menentukan kos sebenar RUMAWIP kerana model perniagaan dalam pelaksanaannya berbeza di antara pemaju disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antaranya seperti lokasi projek, bebanana di atas tanah, keluasan tanah, tahap kepadatan yang bleh dibangunkan, kemudahan yang disediakan, pelaksanaan secara cross-subsidy atau seratus peratus RUMAWIP.

“Saya tidak tahu kenapa wangsa maju membangkitkan perkara ini kerana menanyakan kos RUMAWIP. Sepatutnya YB bergembira kerana kita jual kepada rakyat dengan kos yang rendah supaya rakyat dalam kota ini mendapat rumah tidak dipinggirkan dan tidak diminta keluar daripada kawasan-kawasan asal yang mereka duduk.

“Walau macam mana pun takpa saya jawab jugalah untuk makluman Wangsa Maju saya bagi satu contoh umpamanya kita tahu kos untuk membangun rumah-rumah apartment ini dengan izin anggarannya adalah RM329 sekaki persegi. Kalau 800 kaki persegi jumlah yang patut dijual kepada masyarakat adalah RM263,000.

“Tapi dengan konsep modul RUMAWIP ini kita telah tetapkan ada yang kita jual RM42,000 ada yang jual RM128,000 saya ambil contoh RM188,000 sahaja pihak pemaju terpaksa menampung RM77,000 itu sebab kita ada cara kita yang saya tahu pihak-pihak negeri-negeri yang dikuasai pembangkang hairan bagaimana kerajaan BN dapat melaksanakan program ini dengan jaya,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Datuk Dr. Tan Kee Kwong di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah Tengku Adnan berdasarkan kepada rekod penawaran RUMAWIP sehngga 28 Februari 2018, sebanyak 49 projek membabitkan 31,514 unit telah dibuka untuk dijual.

Daripada jumlah projek RUMAWIP tersebut, sebanyak 15,772 unit lagi masih di peringkat tapisan sebelum ia ditawarkan kepada pembeli yang layak.

Sehubungan itu jelas Tengku Adnan tidak ada istilah yang ‘kroni’ tertentu sahaja dapat membeli RUMAWIP.

“Kerana kita ada tapisan-tapisan yang tertentu kerana kita nak bantu warga atau rakyat yang benar-benar memerlukan kerana kita bersasar kepada golongan-golongan yang tertentu dan kita juga memastikan rumah-rumah ini ada moratorium yang mereka tidak boleh jual kerana wujud spekulasi hartanah yang telah kita bangunkan.

“Barang kali ada orang yang tertentu saya tak suka menuduh, ada orang yang tidak bersetuju ke atas apa yang kita lakukan kerana ada developer yang tak suka kerana kita telah mula memberi tekanan semua harga rumah di Wilayah Persekutuan kerana dulu dia boleh jual  RM800 hingga RM1,000 satu kaki persegi tapi sekarang dah tak boleh kerana PPA1M, skim PR1MA, skim SPNB, skim RUMAWIP jadi banyak yang tak suka apa yang kita lakukan.

“Saya sedar kerana ini politik dalam perniagaan. Jadi takpa saya setuju YB boleh maklumkan kepada saya. Yang pasti agihan dilaksanakan oleh Kementerian bukan oleh pemaju, bukan ejen daripada pemaju  tidak ada orang tengah jadi saya akan Tanya dengan pegawai saya suruh menyiasat apa yang telah berlaku. Jika YB ada makumat tolong hantar kepada saya Insya Allah saya akan bantu,” katanya bagi menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2018 1:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: