Kategori Berita Antarabangsa

Pemberontak Houthi diusir dari pangkalan udara utama Yaman

4 OGOS : Tentera pro kerajaan Yaman dilaporkan berjaya menawan kembali Al-Anad, pangkalan udara terbesar di negara itu selepas pertempuran hebat sejak beberapa hari.

Kejayaan itu menyusul selepas pasukan pro kerajaan yang didokongi pasukan tentera gabungan Arab Saudi YAMAN TAWANberjaya menawan bandar pelabuhan Aden dua minggu lalu.

Ekoran itu, anggota dan kenderaan tentera daripada Emeriyah Arab Bersatu (UAE), sekutu utama gabungan itu dilaporkan tiba di Aden.

Anggota pasukan tentera gabungan juga dikatakan membantu pasukan tentera tempatan untuk mengendalikan kelengkapan persenjataan moden termasuk kereta kebal.

Perkembangan itu menjadi pembabitan pertama pasukan tentera gabungan menyertai serangan di darat yaman kawasan houthimenentang pemberontak Syiah Houthi.

Ia juga menjadi petunjuk bahawa serangan udara yang dilancarkan sejak Mac lalu ada hadnya dan Arab Saudi dan sekutunya kini bersedia untuk mengambil bahagian secara lebih aktif.

Penguasaan pangkalan udara Al-Anad akan membolehkan pasukan gabungan menjadikan ia sebagai lokasi melancarkan serangan lebih menyeluruh terhadap pemberontak Syiah Houthi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 11:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: