Kategori Ekonomi

Pembinaan KLIA3 dirancang

13 MAC: Bagi menampung jumlah pengguna perkhidmatan udara di Malaysia, sebuah terminal baharu dijangka dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada ketika ini, KLIA dan KLIA2 hanya mampu menampung 75 juta penumpang setahun dan tahun lalu, kedua-dua lapangan terbang itu mengendalikan 59 juta penumpang.

KLIA ( foto hiasan)

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata terminal itu berkemungkinan dikenali sebagai KLIA3.

“Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan dengan kerajaan, sebelum keputusan akhir mengenainya dibuat,” katanya hari ini di Subang.

Badlisham berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah pembinaan kilang Senior Aerospace di Subang Aerotech park di sini, sebentar tadi.

Menurutnya lagi, sementara menunggu keputusan terbabit, MAHB akan menambah pelaburan bagi meningkatkan keupayaan sistem pengurusan bagasi di terminal sedia ada.

“Pelaburan ini mampu menambah sehingga lima juta kapasiti penumpang dalam setahun bagi menampung pertambahan bilangan penumpang setiap tahun di kedua-dua terminal sedia ada ketika ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya berkenaan keperluan membina landasan keempat di KLIA, Badlisham berkata tiada keperluan untuk membinanya, sekalipun mengikut pelan induk, terdapat empat landasan.

“Tiga landasan sedia ada sudah mencukupi selain masih belum digunakan sepenuhnya.

“Selain itu, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menaik taraf sistem kawalan trafik udara  bagi meningkatkan jumlah pergerakan pesawat akan meningkat daripada 73 pesawat sejam kepada 110 pesawat sejam,” kata Badlisham.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 4:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: