Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pemenang Anugerah Kajai 2011 meninggal dunia

17 FEB: Bekas wartawan serta pengarang berita Berita Harian dan Harian Metro Karim Sulaiman, 52, meninggal dunia awal pagi tadi setelah 13 tahun menderitai penyakit Sleromyxoedema, sejenis penyakit yang jarang berlaku.

Karim SulaimanAllahhyarham Karim, Pemenang Anugerah Kajai tahun 2001, anugerah berprestij dalam dunia kewartawanan, dikesan mengidap Scleromyxoedema sejak tahun 2000 apabila beliau mula mengalami serangan migrain dan sesak nafas.

Ini diburukkan lagi oleh tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda di Gombak.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau Karim adalah seorang penulis prolifik dalam hal ehwal semasa dan isu-isu gaya hidup serta pernah berkhidmat sebagai Koresponden Berita Harian di London.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2014 11:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: