Kategori Berita Utama

Naib Ketua Pemuda UMNO: Undi popular tentukan pemenang selepas Aidiladha

Selepas berlarutan kurang lebih 19 jam, akhirnya keputusan keseluruhan rasmi pemilihan bagi tiga sayap Umno diumumkan kecuali bagi kerusi Naib Ketua Pergerakan Pemuda.

Puncanya, ada dua calon mendapat keputusan seri apabila sama-sama memperolehi 73 undi dari bahagian, demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ketika membuat pengumuman kira-kira jam 10.30 malam Sabtu.

SERI...Jamawi dan Khailrul Azwan sama-sama dapat 73 undi bahagian

SERI…Jamawi dan Khailrul Azwan sama-sama dapat 73 undi bahagian

Sehubungan itu, Tajol berkata nasib kedua-dua calon berkenaan iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun akan ditentukan melalui undi popular.

“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya. Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 190 bahagian di seluruh negara.”

“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” jelas Tajol dalam sidang media di Aras 4, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Jusuh yang turut berada dalam sidang media itu pula menambah, proses penjumlahan semula undi akan dilakukan oleh Ibu Pejabat Umno dalam masa yang terdekat.

“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon selepas hari raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang diterima ini oleh kedua-dua calon ini” ujarnya.

Menurut Rauf, keputusan mutakhir calon mana yang memang dan akan mengisi jawatan Naib Ketua Pemuda akan dimaklumkan kepada media sebaik urusan penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai.-14/10/2013

Pemenang mutlak akan diputuskan melalui undi popular - Tajol Rosli

Pemenang mutlak akan diputuskan melalui undi popular – Tajol Rosli

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 October 2013 1:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: