Kategori Berita Utama

Pemerhati antarabangsa PRU14 mula tiba

7 MEI: Pemerhati antarabangsa dari sembilan negara mula tiba di Malaysia hari ini bagi memantau proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu ini.

Kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives Ahmed Shareef, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.20 pagi.

Ketibaan mereka disambut Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk K Bala Singam.

Kumpulan pemerhati dari Thailand dijangka tiba pada tengah hari, diikuti pemerhati dari Azerbaijan pada sebelah petang.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata  agensi itu menjemput 25 pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan proses PRU14 iaitu dari Azerbaijan, India, Indonesia, Kemboja, Kyrgyztan, Maldives, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan.

Selain itu, SPR turut melantik 1,236 pemerhati pilihan raya daripada 14 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2018 10:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: